Selasa, 12 Mei 2009

ICT SMK BB PERDA

PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda ( SMKBBP ) adalah sebuah sekolah yang baru beroperasi kira-kira 7 tahun. Bilangan pelajarnya adalah seramai 1056 orang pada Jan 2009. Guru-guru yang ditempatkan disekolah yang majoritinya kaum perempuan, mempunyai pelbagai kepakaran untuk dicurahkan kepada para pelajar. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara kemudahan tersebut adalah terdapat sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan rangkaian ( networking ) yang menawarkan kemudahan akses ke internet, e-mail dan pelbagai keistimewaan lain. Adalah menjadi harapan pihak pentadbir sekolah agar komputer yang dibekalkan ini dapat digunakan secara optimum demi kebaikan kepada pelajar serta sebagai sumber untuk membekalkan tenaga mahir dalam bidang IT kepada negara pada masa hadapan.


PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT
SMK BANDAR BARU PERDA
( 2004 – 2015 )

VISI


Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran disamping menjalankan tugas-tugas harian.


MISI

a) Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT
b) Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan
c) Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.
d) Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan


MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.


OBJEKTIF

a) Mewujudkan system pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.
b) Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.
c) Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT
d) Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT
e) Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah.


KUMPULAN SASARAN

a) Kakitangan Sekolah (Pentadbir, Guru dan Staf Sokongan)
b) Pelajar


STRATEGI PELAKSANAAN

a) Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah adalah seperti di Rajah 1 (Jawatankuasa ICT).
b) Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut :

Jawatankuasa
a. Perkembangan Staf - Pn. Nor Hashinah
b. Pengajaran dan Pembelajaran - Cik Nithiananthini
c. Tugas-tugas Khas - Pn. Norani Bt Awang
d. Etems - Pn. Farizah Bt Raoof

PELAN TINDAKAN

Pelan Tindakan dari tahun 2004 hingga tahun 2015 adalah seperti berikut :

a) Guru dan Kakitangan
~ Kursus dalaman yang akan diketuai oleh Jawatankuasa ICT
~ Pengenalan kepada perkakasan
~ Pendedahan tentang MS Office
~ Pengenalan kepada Operating system
~ Penggunaan perisian pengarangan & pembangunan bahan multimedia.
~ Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian
~ Rangkaian
~ Pengajaran pengaturcaraan.
~ Multimedia
~ Grafik

b) Murid
~ Pengenalan kepada perkakasan
~ Pengenalan kepada perisian-perisian pendidikan
~ Pertandingan membina poster berbantukan komputer.
~ Pertandingan membina laman web
~ Grafik
~ Multimedia
~ Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian


PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH

Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan, panduan dan etika berikut :
a) Panduan Keselamatan di sekolah,
b) Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi,
c) Etika Penggunaan Internet dan
d) Peraturan Penggunaan Makmal Komputer

PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH

Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan perancangan yang telah dirangka. Penilaian akan dilakukan oleh Jawatankuasa ICT sekolah yang diketuai oleh pengetua. Penyelaras ICT akan sentiasa memantau tahap kebolehan pelajar serta guru dalam melaksanakan proses P&P berbantukan komputer. Bagi peringkat permulaan ini, perancangan ini dianggap berjaya jika tahap literasi komputer dikalangan semua pelajar di SMK Bandar Baru Perda ini adalah baik dan mereka tahu serba sedikit tentang komputer dari segi perisian dan juga perkakasan. Dengan kata lain, buta IT dikalangan pelajar sekolah ini adalah sifar.